Monday 22 February 2016

KABEL RISER

          Pengenalan

          Perkataan sesalur tetingkat adalah relatif bagi memudahkan sambungan bekalan di setiap tingkat bangunan.

          Sebenarnya sistem pendawaian ini bukanlah satu sistem pendawaian yang lengkap, kerana ia hanya digunakan untuk membawa bekalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan tidak sampai ke beban. 


RISER BUS DUCT

Untuk bekalan ke bangunan tinggi
Menggantikan kabel biasa
Mudah disambung disetiap tingkat



  Pepasangan sesalur tetingkat adalah sebuah sesalur laluan bekalan pepasangan tiga fasa voltan rendah.
Sumber bekalan yang disalurkan daripada papan suis utama voltan rendah dapat diagihkan ke dalam pemasangan di bahagian papan agihan atau terus disambungkan khususnya di dalam bangunan bertingkat. 



Selalunya bare copper bar dilindung oleh kotak logam:-



Tap off unit di setiap tingkat:-







Bus duct untuk kilang-kilang lebih dari satu riser jika perlu :-



Sistem ini biasanya digunakan untuk membawa kabel bekalan ke sesebuah bangunan atau ke sebuah bilik kawalan.



Spesifikasi penggunaan pepasangan sesalur tetingkat :-

Peti papan suis biasanya akan diletakkan ditiap-tiap tingkat bagi bangunan bertingkat dan cabang- cabang litar seperti litar kuasa, litar lampu, kawalan motor, litar-litar pencegah kebakaran akan mengambil bekalan melalui sistem pepasangan sesalur tetingkat.
Sekiranya papan suis utama terletak jauh daripada sesuatu beban, sesalur hendaklah dipasang bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan mengadakan sistem kawalan ke beban tersebut.
Sesalur tetingkat di reka bagi mengelakkan gangguan bekalan sekiranya terdapat mana-mana bahagian pepasangan dalam bangunan bertingkat mengalami gangguan bekalan atau terdapat aktiviti penyelenggaraan pepasangan.
Ia juga dapat menjimatkan kos pemasangan kabel dan mengurangkan susutan voltan sekiranya terdapat beban baban besar dalam pepasangan elektrik.
Sesalur tetingkat digunakan untuk bangunan bertingkat atau beban yang berada agak jauh atau tinggi dan terasing dari papan suis utama. Ini adalah untuk menjimatkan kabel dan memudahkan kerja-kerja kawalan senggaraan.


Pengenalan sistem pendawaian sesalur :-

Dalam sistem pendawaian sesalur, kabel dimuatkan ke dalam sesalur tersebut.Dalam sistem bus- bar sesalur memanjat, sesalur diisikan dengan bus-bar.Pada kebiasannya sistem pendawaian sesalur tidak boleh bersendirian, tetapi perlu dibantu oleh sistem-sistem pendawaian yang lain bersama-samanya untuk membekalkan arus ke beban yang diperlukan, kecuali jika sistem ini dipasang ditempat yang sesuai dengan kedudukan beban.Sistem pendawaian sesalur boleh digunakan pada sebarang kedudukan yang sesuai seperti sesalur atas, menegak, mengufuk dan sebagainya. Terdapat juga sesalur yang dibuat khas untuk pemasangan di bucu dinding dan di gelar sesalur bucu dinding.

Sistem sesalur ini dapat menampung kabel yang banyak disesuatu pemasangan yang besar. Disamping itu ia dapat memberikan perlindungan mekanik yang baik.Oleh kerana sukar untuk membengkokannya, perancangan teliti perlulah diberi perhatian agar perjalanan pemasangan sesalur itu berada pada jalan yang selurus-lurusnya


Kebaikan pemasangan sesalur ini :-

1. Ia dapat menampung kabel litar yang banyak dan besar.
2. Tambahan, perubahan dan pertukaran litar mudah dilakukan.
3. Kerja pemasangannya cepat.
4. Perlindungan mekaniknya baik.
5. Tidak mudah dirosakkan oleh perubahan cuaca dan suhu.
6. Pemeriksaan sesuatu litar mudah dilakukan iaitu dengan membuka penutupnya.

Keburukan sistem sesalur ini pula :-

1. Memerlukan perbelanjaan yang lebih untuk membeli   
    sesalur.
2. Ramai pekerja yang mahir diperlukan.
3. Mudah ditempati habuk dan kekotoran.
4. Susah dibawa dan dipasang.
5. Tidak cantik.
6. Memerlukan perancangan yang teliti di tempat ia    
    akan dipasang.
7. Untuk perjalanan pendawaian yang searah sahaja -   
    tidak berliku-liku.

Jenis Sistem Pendawaian Sesalur :-

Sistem sesalur ini biasanya digunakan pada pemasangan dalam bangunan-bangunan yang besar seperti kilang, sekolah, bengkel, pejabat dan tempat yang melibatkan banyak kabel litar kecil akhir dan banyak bahaya mekanik.

Jenis pendawaian sesalur:-

Sistem pendawaian sesalur ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

Sistem bus-bas sesalur atas
Sistem bus-bar sesalur memanjat


No comments:

Post a Comment